Tuesday 31 January 2012

Latar Belakang Gemas

Gemas merupakan sebuah bandar kecil di Negeri Sembilan, Malaysia, berhampiran dengan sempadan Negeri Sembilan-Johor. Gemas terbahagi kepada Gemas Lama dan Gemas Baru. Gemas Lama terletak di sebelah negeri Johor. Gemas Baru terletak di dalam Negeri Sembilan.

Monday 30 January 2012

Selamat Datang

Daerah Gemas merupakan pintu masuk dari arah selatan melalui jalan keretapi.Stesen Keretapi Gemas adalah antara stesen keretapi yang telah lama beroperasi dari zaman pemerintahan Inggeris hingga sekarang. Homestay Gemas melibatkan empat buah kampung yang berdekatan antara satu sama lain iaitu Kampung Londah, Kampung Ulu Ladang, Kampung Ladang dan Kampung Bangkahulu.

Tinggalan sejarah seperti Tugu Peringatan Sg.Kelamah dan laluan Hang Tuah-Tun Teja adalah antara tarikan bagi homestay ini selain daripada sawah padi yang menguning dan produk kraftangan yang berasaskan kelapa. Homestay ini juga menawarkan masakan tradisional seperti kuih tat seberang dan madu lebah asli untuk dicubadan dirasai oleh pelancong yang datang.

Homestay Gemas juga mempunyai kemudahan tapak perkhemahan di tepi Sungai Muar yang dikenali sebagai Danau Kubang. Di sini juga tersedia kawasan rekreasi yang menyediakan gelanggang futsal, dewan terbuka dan bilik persalinan.Sekiranya pelancong ingin mendalami dan menuruti jejak-jejak sejarah Hang Tuah atau Perang Dunia Kedua, di sinilah tempatnya.